Chelsea Dan Manchester United Menang, Arsenal Tewas

Posted by izaham on Nov 22nd, 2009 and filed under Sukan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

muChelsea membelasah Wolverhampton Wanderers 4-0 untuk terus mengukuhkan kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris, lima mata di depan juara bertahan, Manchester United.

United bagaimanapun meneruskan rentak cemerlang di gelanggang sendiri di Old Trafford apabila menumpaskan Everton, 3-0, awal pagi tadi.

Berita baik buat Manchester apabila musuhnya Arsenal yang sebelum ini memenang rekod 14 perlawanan tanpa kalah, akhirnya rebah kepada Sunderland dengan 1-0.

Kekalahan Arsenal itu sekali gus membolehkan Man United kembali ke tempat kedua liga.

Chelsea, yang kini mengekalkan 12 perlawanan tanpa kalah di gelanggang sendiri memungut 33 mata daripada 13 perlawanan dengan meninggalkan United yang mengumpul 28 mata dikuti Arsenal 25 mata dengan satu perlawanan berbaki.

Pada perlawanan pagi tadi, United mendahului Everton pada minit ke-34 menerusi rembatan Darren Fletcher.

Jaringan Michael Carrick pula menyusul pada minit ke-67.

Antonio Valencia pula menjadikan kedudukan 3-0 dengan melakukan rembatan pada minit ke-76 hasil hantaran Paul Scholes.

Sementara itu, Sunderland melakukan kejutan apabila jaringan Darren Bent pada minit ke-71 membawa tiga mata penuh menewaskan Arsenal.

“Kami melakukannya hasil perancangan yang baik serta berbekal semangat kental pemain itu sendiri,” kata pengurus Sunderland,

Steve Bruce.

Sementara itu pengurus Arsenal, Arsen Wenger berkata ia satu kejutan yang besar sedangkan Arsenal perlu mengaut mata penuh untuk terus bersaing.

“Ia agak mengecewakan kerana kami tidak bersedia untuk tercicir mata bagi memburu kejuaraan liga,” katanya yang tanpa kelibat penyerang Robin van Persie.

Barisan Carlo Ancelotti pula nyata mendominasi perlawanan di Stamford Bridge dengan gol awal oleh Florent Malouda pada minit kedua.

Michael Essien menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-12 dan gol ketiganya 10 minit kemudian.

Joe Cole menambah derita Wolve pada minit ke-56