Kemarau Liverpool Dan Manchester City Berpanjangan

Posted by izaham on Nov 22nd, 2009 and filed under Sukan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

cederaLiverpool dan Manchester City terus hampa selepas hanya mampu mencatat keputusan seri 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana England di Anfield, semalam.

Ini kerana keputusan itu memanjangkan lagi kemarau kemenangan buat kedua-dua pasukan sekali gus mencacatkan peluang mereka untuk kembali berada dalam kelompok empat pasukan teratas.

Bagi Liverpool, keputusan seri itu bermakna mereka hanya mencatat satu kemenangan dalam 10 perlawanan terbaru dalam pelbagai peringkat pertandingan.

Kemarau kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Rafael Benitez kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Bagi City yang boleh digelar pakar seri, ini adalah keputusan seri keenam berturut-turut yang dicatat mereka dalam liga domestik.

Ia sekali gus memberi tamparan besar dalam usaha mereka untuk mencabar hebat Chelsea, Arsenal dan Manchester United dalam merebut kejuaraan liga musim ini.

Ternyata kedua-dua pasukan cukup terdesak mencari kemenangan dalam perlawanan, semalam dengan masing-masing saling menyerang antara satu sama lain.

Bagaimanapun, gol hanya dapat dihasilkan pada babak kedua selepas babak pertama kedua-dua pasukan ampuh bertahan.

Martin Skrtel lebih dulu meletakkan Liverpool di depan hanya selepas lima minit permainan bersambung dengan menampan kemas sepakan percuma rakan sepasukan.

Namun, Emmanuel Adebayor menyamakan kedudukan menerusi tandukan mengelirukan sebelum Stephen Ireland melenyapkan seketika sorakan penyokong Liverpool dengan gol kedua.

Bagaimanapun, gol itu hanya mampu bertahan tidak sampai seminit apabila pemain gantian Liverpool, Yossi Benayoun kembali mengikat kedudukan.

Kedudukan itu kekal hingga tamat perlawanan walaupun Liverpool berusaha keras menjelmakan gol kemenangan yang dicari-cari