Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Makin Buruk

Posted by izaham on Nov 22nd, 2009 and filed under Berita. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

banjirKeadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin buruk petang ini, di mana di Terengganu kesemua daerah di negeri itu dinaiki air kecuali di Kuala Terengganu.

Sementara jalan pantai dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu telah dinaiki air sedalam 0.5 meter dan ditutup kepada kenderaan ringan petang ini.

Jumlah jalan di negeri itu yang ditutup kepada kenderaan berat dan ringan kini meningkat kepada 28 iaitu Hulu Terengganu (10), Marang (lapan), Setiu (lima), Besut (tiga) serta Dungun (dua).

Sementara itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 4,627 orang di Terengganu berbanding 2,309 pada pagi tadi, manakala 1,644 mangsa di Kelantan berbanding 793 orang pada sebelah pagi