Cabaran Baru Button-Hamilton

Posted by izaham on Nov 22nd, 2009 and filed under Sukan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

h&bKEPUTUSAN pemandu Brawn GP, Jenson Button untuk menyertai pasukan McLaren pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim depan benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Ini kerana, Button yang juga juara dunia, amat terkenal dengan kesetiaannya terhadap pasukan diwakili- nya itu.

Sebelum menggalas cabaran pasukan Brawn GP musim ini, Button telah bersama Honda selama enam tahun.

Sekalipun Honda membuat keputusan mengejut apabila menarik diri daripada F1 selepas tamat saingan musim lalu, Button masih enggan mencari ‘angin baru’.

Sebaliknya, dia bersetuju mewakili pendatang baru, Brawn GP yang mengambil alih tempat Honda musim ini.

Begitupun, ramai berpendapat, keputusan Button untuk meninggalkan Brawn GP disebabkan isu gaji yang masih gagal diselesaikan oleh kedua-dua pihak tetapi hakikatnya, pemandu Britain itu hanya ingin- kan suatu cabaran yang baru.

Bersama McLaren, Button akan bergan- dingan dengan juara dunia tahun lepas, Lewis Hamilton yang juga rakan senegara- nya.

“Saya menyertai pasukan McLaren bukan kerana wang tetapi saya inginkan satu cabaran yang baru selepas tujuh tahun bersama pasukan yang sama,” kata Button.

“Buktinya, saya menerima bayaran yang lebih sedi- kit (daripada McLaren) berbanding bayaran yang bakal saya terima jika terus bersama Brawn.

“Sejak berusia lapan tahun, saya ingin menjadi juara dunia dan selepas berjaya mencapai impian saya tahun ini, saya inginkan suatu cabaran yang baru.”

“Kehidupan ini semuanya mengenai cabaran dan yang paling penting, ia mengenai cabaran ke atas diri sendiri.

“Meskipun saya menjadi juara dunia bersama pasukan Brawn GP, saya tetap ingin- kan cabaran baru dalam kehidupan dan ia dapat diperoleh jika saya beraksi bersama McLaren.”

Memang tidak diragui, Button akan berdepan dengan cabaran baru bersama pasu- kan yang beroperasi di Woking itu.

Salah satu cabaran yang pasti dihadapi apabila bergandingan dengan Hamilton, pemandu yang sering mendapat McLaren sejak lebih sedekad lalu ketika beraksi pada perlumbaan go-kart di zaman remaja.

Hamilton menduduki tempat kedua dalam musim pertamanya pada perlumbaan F1 edisi 2007 sebelum dia muncul sebagai pemandu termuda yang menjadi juara dunia pada tahun lepas.

Justeru, pemandu berusia 24 tahun itu juga memberi amaran bahawa dia akan me- rampas kembali kejuaraan dunia dari tangan Button tahun depan.

“Saya sudah lama mengenali Button dan kami memang serasi bersama. Saya yakin kami akan dapat membentuk gandingan terbaik.

MODEL kelahiran Jepun yang juga teman wanita Button, Jessica Michibata banyak menaikkan reputasi pemandu Britain itu musim ini.

“Dia merupakan pemandu yang istimewa dan bijak mengawal jentera dengan baik selain mempunyai pengalaman yang luas.

“Namun, saya juga lebih suka jika jentera saya tertulis No. 1. Musim ini, ia telah dirampas oleh Button tetapi ia tidak merubah apa-apa. Saya masih rasa bahawa saya merupakan pemandu terhebat.

“Saya akan merampas kembali No. 1 daripada Button,” kata Hamilton.

Dalam pada itu, bekas juara dunia tiga kali, Jackie Stewart percaya, Button telah melakukan kesilapan besar dengan menyer- tai McLaren.

“Saya rasa Jenson telah melakukan kesilapan,” kata Steward.

“Jika saya menjadi Jenson, saya akan pastikan saya terus kekal bersama Brawn GP kerana saya amat mengenali ketua pasukan, Ross Brawn dan saya juga tahu suasana dan budaya pasukan ini.

“Budaya di Brawn GP amat berbeza de- ngan McLaren dan dia pasti terkejut dengan budaya McLaren.

“Amat sukar juga untuk dia mengatasi Lewis Hamilton dan keputusannya ini bagaikan masuk ke kandang singa.

“Fernando Alonso tidak mampu untuk mengatasi Hamilton ketika bersama McLaren dan saya pasti, Hamilton pasti ingin mengekalkan kedudukannya selaku pemandu utama pasukan ini musim depan.”

Pendapat sama disuarakan oleh bekas pemandu McLaren, Martin Brundle yang percaya, McLaren pasti gagal untuk memberi layanan sama rata antara Button dan juga Hamilton.

“McLaren mempunyai sejarah hanya memberi bantuan penuh kepada seorang pemandu sahaja,” kata Brundle.

“Pasukan ini merupakan kawasan Ha- milton dan dia tahu apa yang perlu dilaku- kan untuk mendapatkan perhatian McLaren.”

Sama ada Button telah membuat keputusan yang berani ataupun kurang bijak dengan menyertai McLaren, ia mungkin hanya akan diketahui musim depan.

Apa pun, peminat-peminat dan pemerhati F1 pasti sudah tidak sabar untuk me- nyaksikan gandingan dua juara dunia ini beraksi dalam pasukan yang sama tahun depan