Rosberg Sah Jadi Pemandu Mercedes GP

Posted by izaham on Nov 24th, 2009 and filed under Sukan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

rosbergPemandu Jerman, Nico Rosberg mengesahkan akan beraksi bersama pasukan Mercedes GP pada perlumbaan Formula Satu (F1) tahun hadapan.

Pemandu berusia 24 tahun yang juga anak kepada bekas juara dunia, Keke Rosberg itu beraksi bersama pasukan Williams sejak dari tahun 2006 hingga 2009.

Namun, Rosberg mengakui dia memang sudah merancang akan meninggalkan pasukan dari Britain itu selepas Grand Prix (GP) Abu Dhabi awal bulan ini.

“Saya sangat bangga kerana saya akan beraksi bersama Mercedes bermula musim 2010,” kata Rosberg.

“Saya juga bangga kerana akan beraksi bersama pasukan baru dan saya sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengan ketua pasukan, Ross Brawn.”

Rosberg menamatkan saingan di tempat ketujuh keseluruhan musim ini dan pencapaian terbaiknya hadir pada GP Singapura apabila menduduki tempat kedua.

Sejak membuat penampilan pertama di Bahrain pada 2006, Rosberg masih belum pernah menjuarai sebarang perlumbaan F1 tetapi bersama Mercedes GP, Rosberg memasang impian untuk meraih kejuaraan pertamanya bermula pada perlumbaan tahun hadapan.

Sementara itu, Brawn yang pernah membantu Michael Schumacher meraih tujuh kejuaraan dunia, mengakui gembira dengan kehadiran Rosberg dalam pasukan Mercedes GP yang dahulunya dikenali sebagai Brawn GP.

“Selepas empat tahun dalam perlumbaan F1, saya boleh anggap Nico Rosberg sebagai pemandu yang cukup berpengalaman,” kata Brawn.

Untuk rekod, Brawn GP merupakan pasukan paling berjaya musim ini apabila muncul juara dunia kategori pengeluar pada penampilan pertama mereka.

Malah, pemandu utamanya, Jenson Button yang akan menyertai pasukan McLaren tahun depan berjaya meraih kejuaraan dunia sulungnya bersama pasukan Brawn GP